fb fb fb fb fb

16 maut dalam kemalangan 17 kenderaan di Venezuela

FOTO AFP

CARACAS, 14 Disember- Sekurang-kurangnya 16 orang maut dan enam lagi cedera parah selepas 17 buah kenderaan terlibat kemalangan di sebuah lebuh raya di Venezuela, hari ini.

Ketua Bomba negara, Juan Gonzalez berkata, nahas berlaku di Lebuhraya Gran Mariscal de Ayacuch yang menghubungkan ibu negara Caracas dengan timur negara tersebut.

Menurut laporan awal, kemalangan maut itu berlaku apabila sebuah trak yang dipandu laju merempuh barisan kereta yang berhenti kerana terdapat kemalangan lain di hadapan.

Impak daripada rempuhan kuat berkenaan menyebabkan kenderaan-kenderaan terbabit 'berlonggok' dan terbakar.

Imej api besar di tempat kejadian telah dikongsi secara meluas di media sosial sejak pagi semalam.

"Kami berjaya mengawal semua kenderaan yang terbakar termasuk sebuah bas yang musnah sepenuhnya," kata Carlos Perez Ampueda, Timbalan Menteri Pengurusan Risiko dan Perlindungan Awam.

Lebuh raya itu sedang menjalani kerja penggantian asfalt yang melambatkan ketibaan perkhidmatan kecemasan. -AFP

1412 BD VENEZUALA KEMALANGAN 2FOTO AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA