MINDANAO, 14 Disember- Fenomena belalai air berlaku di perairan dekat Lanao del Norte, utara sini, Filipina, baru-baru ini.
Pembentukan pusaran air itu dirakam dan dikongsi oleh seorang pekerja pembinaan, Jayson Tabura pada Selasa lalu.
"Angin sangat kuat ketika itu. Saya dan rakan-rakan berhenti kerja kerana tergamam melihatnya," ujarnya.
Belalai air merupakan sejenis puting beliung namun ia jarang menyebabkan kerosakan teruk.
Bagaimanapun pada Ogos lalu, dua pelancong maut dan enam cedera apabila belalai air membadai bot mereka di muara sungai di Phetchaburi, selatan Thailand.
Fenomena itu biasanya terjadi apabila awan ribut mula terbentuk di kawasan lapang yang mempunyai kelembapan udara tinggi. -Reuters