fb fb fb fb fb

Dron Israel bunuh tiga penduduk Palestin di Tebing Barat

FOTO REUTERS

TEBING BARAT, 14 Disember- Serangan dron Israel ke atas bandar Jenin di sini membunuh sekurang-kurangnya tiga penduduk Palestin semalam.

Agensi berita Palestin (WAFA) melaporkan serangan di bahagian timur bandar itu turut menyebabkan 10 lagi cedera.

Rumah penduduk juga menjadi sasaran peluru berpandu 'Energa' oleh zionis hingga mengakibatkan kemusnahan yang meluas.

Dalam pada itu, tentera Israel turut melakukan pencerobohan ke atas kediaman penduduk menyebabkan kerosakan serta mencetuskan pertempuran ganas.

Terdahulu, zionis melakukan serangan udara ke atas tiga bangunan kediaman di Jenin dan membunuh lapan penduduk.

Sejak 7 Oktober lalu, sekurang-kurangnya 283 penduduk Palestin terbunuh di Tebing Barat akibat tembakan Israel dan lebih 4,000 lagi ditahan. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA