fb fb fb fb fb

Ribut tropika Kay bantu padam kebakaran di California

(Anggota bomba sedang menyediakan hos bagi memadam kebakaran Fairview, dalam
Hutan Nasional San Bernardino berhampiran Hemet, California pada 9 September 2022/Foto AFP)

HEMET, 10 September- Anggota bomba California dapat mengawal kebakaran besar di luar Los Angeles selepas ribut tropika Kay membawa hujan dan suhu lebih sejuk, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), pada Sabtu.

Kebakaran Fairview berjaya dikawal 40 peratus setakat petang Sabtu, selepas arahan yang memaksa ribuan penduduk berpindah dan menyebabkan dua orang maut, kata pegawai bomba.

Kebakaran yang meletus pada Isnin di titik tengah gelombang haba di barat daya Amerika Syarikat, telah memusnahkan 11,300 hektar hutan dan lebih 20 bangunan.

(Seorang anggota bomba Cal Fire memadamkan kebakaran pokok dalam operasi membina garisan
untuk mengawal kebakaran Fireview berhampiran Hemet, California pada 8 September 2022/Foto AFP)

Taufan Kay yang membadai Mexico sebelum ke utara Pantai Pasifik, pada Khamis membawa hujan yang membantu meredakan kebakaran.

"Aktiviti kebakaran telah dapat diredakan disebabkan oleh kelembapan dari Taufan Kay," menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, Cal Fire dalam kenyataan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memberi amaran hujan boleh mengakibatkan risiko berlaku banjir kilat dan tanah runtuh.

Ini terutama kawasan di mana tanah terbakar tidak dapat menyerap hujan lebat secara tiba-tiba.-AFP

Media Baharu