fb fb fb fb fb

Operasi loji nuklear Zaporizhzhia dihentikan sepenuhnya

(FOTO AFP)

KIEV, 11 September- Operasi di loji tenaga nuklear Zaporizhzhia yang dikuasai Rusia di Ukraine telah dihentikan sepenuhnya.

Menurut syarikat nuklear Energoatom, pihaknya telah memutuskan sambungan grid ke loji berkenaan.

Rabu lalu, Kyiv menyeru penduduk di sekitar loji itu supaya berpindah atas faktor keselamatan.

Rusia dan Ukraine saling menuding jari antara satu sama lain.

Serangan terhadap loji nuklear mencetuskan kebimbangan berlakunya bencana nuklear.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa agar kawasan sekitar loji berkenaan dibebaskan daripada aktiviti ketenteraan.


(FOTO AFP)

Sementara itu, Rusia telah menggerakkan tentera dari bandar Balakliya dan Izyum di wilayah Kharkiv, Ukraine ke Donetsk untuk mengukuhkan kedudukannya.

Menurut media, Ukraine menguasai bandar-bandar utama di wilayah Kharkiv.

Kementerian Pertahanan Rusia mengesahkan, pergerakan tentera ke Donetsk mengambil masa tiga hari.

Untuk mengelak kerugian semasa pengunduran, Pasukan pertahanan udara Rusia menyerang tentera Ukraine di wilayah Kharkiv.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu