fb fb fb fb fb

Ukraine berjaya tawan semula kawasan seluas 2,000km

(Seorang lelaki menunggang basikal melepasi bahagian kenderaan berperisai yang musnah di Balakliya,
wilayah Kharkiv, pada 10 September 2022, di tengah-tengah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine/Foto AFP)

KIEV, 11 September- Tentera Ukraine berjaya menawan semula kawasan seluas kira-kira 2,000km, setakat ini.

Perkara itu dimaklumkan Presidennya, Volodymyr Zelensky, pada Sabtu sambil menambah langkah tentera Rusia meninggalkan medan perang adalah satu tindakan yang betul.

"Buat masa ini, sejak awal September, kira-kira 2,000km telah dibebaskan," kata Zelensky dalam ucapan malamnya.

Tidak memperincikan sama ada beliau bercakap mengenai kilometer persegi, namun pada Khamis, ketua komando tentera, Valeriy Zaluzhnyi menyatakan anggotanya telah berjaya menawan semula 1,000km persegi wilayah daripada tentera Rusia.

"Tindakan tentera Rusia meninggalkan medan perang adalah pilihan yang betul," tambah Zelensky.

"Tiada tempat di Ukraine untuk penjajah. Tidak akan pernah ada," tegasnya.

Tentera Ukraine mengumumkan operasi serangan balas pada awal bulan ini.-AFP

(Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS),
Antony Blinken yang membuat lawatan mengejut ke Kiev pada 8 September 2022/Foto AFP)

Media Baharu