fb fb fb fb fb

Ribut salji Pakistan, 21 pelancong mati kesejukan

FOTO : AP



ISLAMABAD, 9 Januari - Sekurang-kurangnya 21 pelancong mati kesejukan dalam kenderaan di bandar peranginan tanah tinggi di utara Pakistan.

Insiden itu berlaku selepas lebih 100 ribu kenderaan dilaporkan berpusu-pusu memasuki lokasi berkenaan, untuk menikmati cuaca sejuk dan salji yang turun sejak Selasa lepas.

Menteri Dalam Negeri, Sheikh Rashid Ahmed memaklumkan, kehadiran pelancong dalam jumlah yang begitu ramai ke Murree telah mencetuskan krisis besar.

Situasi itu pertama kali berlaku dalam tempoh 15 hingga 20 tahun dan dianggarkan seribu kenderaan masih terkandas di stesen bukit.

Pasukan tentera dan separa tentera dikerah bagi membantu operasi menyelamat.

Sementara itu, Perdana Menteri, Imran Khan mengarahkan agar siasatan dijalankan berhubung kematian tragis pelancong di Murree.

Beliau turut mengarahkan agar langkah sewajarnya diambil, bagi mengelak insiden serupa berulang.

Serentak dengan itu juga, kerajaan telah mengisytiharkan Murree, sebagai kawasan dilanda musibah. - AP

Media Baharu