fb fb fb fb fb

Rusuhan di Kazakhstan, 5,000 orang ditangkap untuk disoal siasat

FOTO: AFP

 
ALMATY, 9 Januari
- 5,000 orang ditangkap di Kazakhstan susulan rusuhan yang berlaku di negara terbesar Asia Tengah itu sejak minggu lalu.

Dalam satu kenyataan pihak berkuasa memaklumkan, soal siasat dilakukan terhadap kesemua yang ditahan sebagai sebahagian daripada 125 siasatan berasingan berikutan pergolakan yang tercetus.

"Hari ini keadaan menjadi stabil di semua wilayah negara dan operasi memerangi keganasan diteruskan dalam usaha untuk mewujudkan semula ketenteraman di negara." kata Menteri Dalam Negeri, Erlan Turgumbayev.

Kenaikan harga bahan dipercayai menjadi punca pergolakan yang bermula di kawasan wilayah barat kemudian merebak ke bandar-bandar besar termasuk Almaty, sebuah bandar hab ekonomi negara tersebut.

Media tempatan dalam pada itu melaporkan, Lebih 100 perniagaan dan bank diserang serta dirompak termasuk lebih kurang 400 kenderaan dimusnahkan dengan anggaran awal kerosakan harta benda sekitar 175 juta EURO bersamaan 198 juta dollar.

Keadaan tenang kelihatan kembali di bandar itu dengan polis kadangkala melepaskan tembakan ke udara sebagai amaran menghalang orang ramai berhimpun semula di dataran tengah bandar itu. - AFP

Media Baharu