fb fb fb fb fb

Kabul: kritik pendekatan Taliban, professor universiti ditahan

FOTO: AFP

KABUL, 9 Januari - Seorang profesor Universiti Afghanistan ditahan kerana mengkritik pendekatan tegas yang diambil rejim Taliban.

Profesor Faizullah Jalal dilapor berbuat demikian dalam beberapa kemunculan beliau di rancangan bual bicara televisyen sejak Amerika Syarikat meninggalkan negara tersebut.

Beliau secara terang-terangan menyalahkan Taliban atas krisis kewangan yang semakin teruk dan mengkritik mereka kerana memerintah secara paksaan.

Jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid berkata, Jalal ditahan Sabtu lalu susulan reaksi beliau yang dianggap menghasut.

“Dia telah ditangkap supaya orang lain memberi komen yang tidak masuk akal yang boleh memudaratkan maruah orang lain dan cuba menghasut orang ramai menentang sistem dan mempermainkan maruah rakyat", katanya.

Dalam pada itu, kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International mengecam penahanan pensyarah itu serta menggesa Jalal segera dibebaskan tanpa syarat.

Sejak kembali berkuasa, Taliban telah bertindak keras terhadap perbezaan pendapat, menyuraikan protes hak wanita secara paksa serta menahan beberapa orang wartawan.

Regim itu juga telah membentuk kabinet yang dianggotai oleh semua lelaki etnik Pashtun berbeza dengan propagandanya sebelum ini yang mahu mengangkat fungsi wanita dalam pentadbiran negara yang bergolak lebih 20 tahun itu. - AFP

Media Baharu