fb fb fb fb fb

Ribuan khemah pelarian Rohingya di Cox's Bazar hangus dalam kebakaran

 

COX'S BAZAR, 10 Januari - Kira-kira 1,200 khemah pelarian etnik Rohingya hangus dijilat api dalam kebakaran di sini.

Jurucakap polis, Kamran Hossain yang mengetuai urusan keselamatan di petempatan itu berkata kebakaran bermula di Khemah 16 pada pukul 4:40 petang waktu tempatan.

Ia kemudiannya merebak dengan cepat ke khemah lain yang diperbuat daripada buluh dan kain.

"Lebih 5,000 penghuni kehilangan tempat berlindung.

"Kebakaran hanya dapat dikawal kira-kira dua jam kemudian," katanya kepada AFP.

Pada Mac tahun lepas, 15 orang etnik Rohingya hilang tempat berlindung selepas berlaku kebakaran besar di petempatan pelarian terbesar di dunia itu.

Bangladesh menerima pujian antarabangsa atas kesediaannya menerima kira-kira 850,000 pelarian Rohingya yang melintasi sempadan dari Myanmar.

Usaha menyediakan mereka kediaman kekal bagaimanapun sukar.

Media Baharu