fb fb fb fb fb

Lebih 160 orang dilaporkan maut dalam rusuhan di Kazakhstan

FOTO: AFP

ALMATY, 10 Januari - Lebih 160 orang dilaporkan maut dalam siri rusuhan di Kazakhstan.

Hampir 6,000 individu termasuk warga asing ditahan sejak ketegangan tercetus seminggu yang lalu.

Sebuah portal maklumat kerajaan pada Ahad melaporkan, 164 orang maut dalam rusuhan.

103 daripadanya di bandar terbesar, Almaty yang menyaksikan antara pertempuran paling sengit antara perusuh dengan pasukan keselamatan.

Statistik terbaharu yang dilaporkan itu jauh lebih tinggi berbanding data awal.

Pihak berkuasa sebelum ini melaporkan 42 kematian, membabitkan 26 'penjenayah bersenjata' dan 16 anggota keselamatan.

Statistik terbaharu itu bagaimanapun kemudiannya dipadam.

Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat kesilapan pada maklumat yang disiarkan.

Namun tidak ada sebarang penafian rasmi tentang kesahihan maklumat terdahulu mahupun angka baharu tersebut.

Media Baharu