FOTO: AFP
WASHINGTON, 10 Januari - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengecam arahan 'tembak mati tanpa amaran' yang dikeluarkan kerajaan Kazakhstan.
Beliau berkata arahan seumpama itu adalah salah dan perlu dibatalkan.
Menurut Blinken, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Mukhtar Tileuberdi berhubung perkara itu Khamis lepas.
"Kami (Washington) amat bimbang tentang keadaan darurat yang diisytiharkan di Kazakhstan.
"Kami telah menyatakan pendirian kami dengan jelas, kerajaan Kazakh perlu menangani isu yang dihadapi dengan penunjuk perasaan menerusi pendekatan yang menghormati hak mereka.
"Sebarang kekerasan hendaklah dihentikan", kata Blinken dalam rancangan bicarawara "This Week" terbitan ABC News.