fb fb fb fb fb

Bekas ketua jawatankuasa keselamatan Kazakhstan ditangkap kerana khianat

Gambar - Reuters

 

ALMATY, 9 Januari - Pihak berkuasa Kazakhstan telah menahan Karim Massimov, bekas ketua Jawatankuasa Keselamatan Negara KNB, dan beberapa pegawai lain kerana disyaki melakukan pengkhianatan, kata jawatnkuasa itu tanpa memberikan butiran lanjut.

Pasukan keselamatan nampaknya telah menguasai semula jalan-jalan di bandar utama azakhstan pada hari Jumaat selepas keganasan berhari-hari, dan presiden yang disokong Rusia, Kassym-Jomart Tokayev berkata beliau telah mengarahkan tenteranya untuk menembak tanpa amaran bagi menghentikan pemberontakan di seluruh negara.

Berita penahanan Karim, yang diketahui sebagai sekutu bekas Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev, muncul ketika spekulasi perebutan kuasa di negara Asia Tengah bekas Soviet itu bergema ketika ini.

Karim ditahan Khamis lalu kerana disyaki melakukan pengkhianatan melampau.

Presiden Tokayev memecat Karim awal minggu ini selepas protes terhadap kenaikan harga bahan api meletus dan bertukar menjadi ganas, mengakibatkan berpuluh-puluh orang terbunuh dan bangunan kerajaan di bandar Almaty terbakar.

Karim, 56 tahun, menjadi ketua KNB sejak tahun 2016 dan dipecat pada kemuncak pergolakan dalaman negara itu pada Rabu, apabila Tokayev mengambil alih kuasa daripada Nursultan sebagai Ketua Majlis Keselamatan. - Reuters

Media Baharu