fb fb fb fb fb

Ribut petir ragut 69 nyawa di India, Nepal

Jabatan Meteorologi India turut meramalkan hujan lebat sekali lagi dijangka melanda Bihar pada Sabtu

PATNA, India, 12 April — Sekurang-kurangnya 69 orang terkorban dalam kejadian ribut petir luar biasa yang melanda negeri Bihar di timur India dan negara jiran, Nepal, sejak Khamis lalu.

Menurut pihak berkuasa pengurusan bencana Bihar, seramai 61 mangsa dilaporkan maut akibat ribut petir dan panahan kilat yang berlaku pada Khamis dan Jumaat.

Sementara itu, lapan lagi mangsa turut terkorban di Nepal, apabila panahan kilat dilaporkan berlaku di beberapa kawasan pada Rabu dan Khamis, menurut pegawai bencana negara itu.

Jabatan Meteorologi India turut meramalkan hujan lebat sekali lagi dijangka melanda Bihar pada Sabtu.

Tahun lalu, pakar memberi amaran perubahan iklim menjadi punca peningkatan kes dipanah petir di India, dengan hampir 1,900 kematian direkodkan setiap tahun.

Kajian Fakir Mohan University di Odisha sebelum ini merekodkan seramai 101,309 orang maut akibat dipanah petir di India sepanjang tempoh 1967 hingga 2020.

Rekod kematian akibat dipanah petir juga meningkat secara mendadak antara 2010 hingga 2020. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN