fb fb fb fb fb

Ribut pasir di Baghdad, beberapa fasiliti perkhidmatan ditutup

BAGHDAD, 17 Mei- Beberapa lapangan terbang, sekolah, universiti dan pejabat kerajaan di Iraq ditutup susulan kejadian ribut pasir.

Ia merupakan bencana alam ke lapan melanda negara terbabit sejak pertengahan bulan lalu.

Fenomena terbaru itu menyaksikan keadaan bertukar kepada jingga.

Debu kuning turut dilihat melitupi bumbung kereta dan rumah.


(Foto REUTERS)

Ribut pasir mengakibatkan jarak penglihatan terhad kepada hanya 300 meter.

Ekoran itu, beberapa sektor di tujuh daripada 18 wilayah di Iraq diarah tutup.

"Orang ramai diingatkan agar berwaspada kerana ia mempunyai risiko kepada kesihatan terutama golongan warga emas," kata Kementerian Kesihatan menerusi satu kenyataan.

Ribut pasir merupakan sesuatu yang lazim berlaku di Asia Barat.

Namun, ia semakin kerap terjadi sejak beberapa tahun lalu.

Dalam kejadian sebelum ini, ribut pasir menyebabkan kematian satu individu.

5,000 penduduk turut dimasukkkan ke hospital akibat masalah pernafasan.

Media Baharu