fb fb fb fb fb

McDonald's kembali beroperasi di Rusia

(Foto AFP)

NEW YORK, 17 Mei- Selepas menggantung operasi di Rusia Mac lalu, syarikat makanan segera gergasi, McDonald's mengumumkan untuk menjual perniagannya di negara berkenaan.

Tindakan dibuat sebagai tanda protes kepada pencerobohan Moscow ke atas Kiev.

Pengumuman itu menyaksikan perniagaan syarikat Amerika itu selama 30 tahun di negara terbabit berakhir.

Ini bermakna pengantungan operasi 850 restorannya di negara itu sejak Mac lalu bersifat kekal.

Ia memberi kesan langsung kepada 62,000 pekerja di seluruh negara.


(Set makanan segera keluaran McDonald's cukup popular di seluruh negara/AFP)

Dalam satu kenyataan, McDonald's memaklumkan pengunduran dibuat kerana tindakan Rusia ke atas Ukraine tidak selari dengan nilai diamalkan syarikat.

Syarikat restoran itu bercadang menjual perniagaan kepada syarikat tempatan.

Sebelum ini beberapa syarikat ternama lain turut mengambil tindakan keluar dari pasaran Rusia.

McDonald's mula membuka perniagannya di negara terbabit pada 1990.

Media Baharu