fb fb fb fb fb

Arab Saudi bercadang wajibkan cuti mingguan dua hari kepada pekerja swasta

RIYADH, 17 Mei- Kerajaan Arab Saudi bercadang mewajibkan pekerja swasta diberi cuti mingguan dua hari.

Untuk itu, mereka sedang mengkaji prospek untuk meminda undang-undang buruh.

"Pindaan selari dengan strategi pasaran digariskan Wasan 2030. Penguatkuasaan cuti mingguan membolehkan negara arab itu menjadi destinasi pelaburan pekerjaan yang menarik," menurut Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial dalam satu kenyataan.

Kementerian mengkaji peraturan bagi meningkatkan waktu bekerja harian bagi membolehkan cuti mingguan ditambah.

Berdasarkan undang-undang sedia ada pekerja dilarang bertugas lebih lapan jam sehari atau 48 jam seminggu.

Ia bagaimanapun dikurangkan pada bulan Ramadan dengan maksimum 6 jam sehari atau 46 jam seminggu.

Kementerian dijangka meminda undang-undang bagi membolehkan waktu bekerja maksimum dilanjutkan kepada 10 jam sehari atau 60 jam seminggu.


(Foto Hiasan)

Media Baharu