fb fb fb fb fb

Elisabeth Borne dilantik sebagai Perdana Menteri Perancis

PARIS, 17 Mei- Elisabeth Borne menjadi wanita kedua di Perancis dilantik sebagai Perdana Menteri.

Borne, 61 tahun menggantikan Jean Castex yang meletak jawatan selepas pemilihan semula Presiden Emmanuel Macron bulan lepas.

Dengan perkembangan itu, Macron dan Borne dijangka melantik kerajaan penuh dalam beberapa hari akan datang.


(Foto REUTERS)

Beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Buruh dalam kerajaan Macron sejak 2020.

Sebelum itu, Borne adalah Menteri Pengangkutan dan kemudian Menteri Peralihan Ekologi yang juga di bawah Macron.

Beliau juga adalah teknokrat yang berpengalaman.

Wanita pertama yang dilantik Perdana Menteri Perancis adalah Edith Cresson yang memegang jawatan itu pada 1991.

Media Baharu