fb fb fb fb fb

14 maut dalam tragedi kemalangan bas langgar papan iklan di Jawa Timur

(Foto AFP)

JAWA TIMUR, 17 Mei- Sekurang-kurangnya 14 orang maut manakala 19 lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa pelancong tempatan melanggar papan iklan dalam kejadian di Jawa Timur, Indonesia awal pagi tadi.

Bas yang membawa 31 penumpang serta pemandu dan seorang kru itu melanggar tiang papan iklan sebelum berpusing di atas lebuh raya yang menghubungkan Mojokerto ke Surabaya.

Pegawai kerajaan tempatan, Ridwan Mubarun berkata mangsa yang berasal dari Benowo dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bercuti di Dataran Tinggi Dieng kira-kira 400 kilometer di Jawa Tengah.

Ketua polis Mojokerto, Rofiq Ripto Himawan berkata pihak berkuasa masih menyiasat punca nahas itu.


(Foto AFP)

Menurutnya, seramai 14 individu maut dan 19 lagi mengalami kecederaan kecil dan serius.

Terdahulu, seorang jurucakap polis Jawa Timur mendakwa kejadian itu berpunca daripada kesalahan pemandu yang dipercayai keletihan atau mengantuk.

Satu laporan polis menyatakan cuaca dan trafik berada dalam keadaan baik ketika nahas itu berlaku pagi tadi.

Media Baharu