fb fb fb fb fb

Ribut Nalgae badai Filipina, angka kematian meningkat 72 orang

(Mayat yang ditemui selepas banjir dan tanah runtuh akibat ribut tropika Nalgae/FOTO REUTERS)

POCTOY, 30 Oktober - Angka kematian akibat Ribut Tropika Nalgae yang membadai negara itu kini mencecah 72 orang.

Manakala, jumlah yang hilang turut meningkat kepada 14 orang.

Ketika ini, pasukan penyelamat memberi tumpuan di wilayah Kusiong, lokasi paling teruk terjejas dengan berpuluh-puluh mayat ditemukan.

Sementara itu, Kerajaan Filipina kini mengaktifkan pelan kecemasan bencana dengan penambahan lima ribu anggota pasukan penyelamat yang diarah bersiap sedia sekiranya ribut melanda ibu negara Manila.

(Keadan banjir yang semakin buruk di Filipina/FOTO REUTERS)

Nalgae yang membawa hujan lebat dan angin kencang berisiko mencetuskan banjir besar.

Ia direkod bergerak ke selatan Filipinan dan menghampiri kota Manila. - REUTERS

Media Baharu