fb fb fb fb fb

Korea Selatan berkabung susulan tragedi pesta Halloween

(Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol ketika melawat
lokasi kejadian di Seoul, Korea Selatan/Foto Reuters)

SEOUL, 30 Oktober- Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol hari ini mengisytiharkan tempoh berkabung atas kejadian rempuhan pesta Halloween yang mengorbankan kira-kira 150 orang, di kawasan hiburan malam yang penuh sesak di Seoul.

Yoon mengucapkan takziah kepada mangsa, kebanyakannya remaja dan golongan berusia 20-an, dan mendoakan mereka yang cedera cepat sembuh.

"Tragedi dan bencana yang tidak sepatutnya berlaku di tengah-tengah Seoul semasa sambutan Halloween malam tadi.

"Saya merakamkan ucapan takziah kepada mangsa kejadian dan berharap mereka yang cedera akan segera sembuh.

"Hati saya turut berdukacita kepada ahli keluarga mangsa, yang menderita akibat patah hati kehilangan orang tersayang," katanya dalam satu kenyataan.

(Yoon Suk-yeol/Foto Reuters)

Menurut pegawai kecemasan, orang ramai meraikan pesta Halloween di daerah Itaewon yang popular sehingga ke lorong pada Sabtu, sambil menambah jumlah kematian mungkin meningkat.

Ketua Balai Bomba Yongsan, Choi Sung-beom dalam taklimat di tempat kejadian memberitahu 151 kematian telah disahkan, termasuk 19 warga asing.

Seramai 82 orang cedera dalam insiden itu, dengan 19 daripadanya parah.-REUTERS

Media Baharu