fb fb fb fb fb

Biden, pemimpin Eropah ucap takziah insiden rempuhan di Seoul

 (Joe Biden/Foto fail Reuters)

SEOUL, 30 Oktober- Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan beberapa pemimpin Eropah mengucapkan takziah atas kejadian rempuhan di Seoul yang mengorbankan sekurang-kurangnya 149 orang, pada sambutan Halloween di Korea Selatan.

"Saya dan Jill (Biden) mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang di Seoul.

"Kami turut berduka dengan rakyat Korea Selatan dan berharap semua yang cedera cepat sembuh," katanya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak pula menulis tweet, "Pemikiran kami adalah bersama mereka dan semua warga Korea Selatan yang bertindak balas pada masa yang sangat menyedihkan ini," katanya.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan rakyat Eropah termasuk Canselor Jerman, Olaf Scholz dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron juga antara mereka yang mengucapkan takziah di Twitter.

(Anggota polis mengawal jalan selepas kejadian rempuhan di
daerah Itaewon pada sambutan Halloween di Korea Selatan/Foto Reuters)

Insiden rempuhan berlaku di sebuah kawasan hiburan di Itaewon, Seoul, kira-kira pukul 10.20 malam waktu tempatan.

Pengunjung berhimpit dan saling bertolakan di lorong sempit.

Sambutan Halloween merupakan acara pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik sekatan COVID-19.-REUTERS

Media Baharu