(FOTO AFP)
MOGADISHU, 30 Oktober- Jumlah kematian dalam serangan bom kereta di Mogadishu semalam, meningkat kepada 100 orang manakala 300 yang lain cedera.
Demikian menurut Presiden, Hassan Sheikh Mohamud selepas meninjau lokasi serangan.
"Setakat ini, jumlah yang maut mencecah 100 orang dan 300 lagi cedera, manakala jumlah kematian dan kecederaan terus meningkat," katanya.
Dua kereta yang penuh dengan bahan peledak diletupkan beberapa minit berhampiran persimpangan Zobe yang sibuk dan disusuli tembakan serangan yang menyasarkan Kementerian Pendidikan Somalia.
Serangan itu berlaku di persimpangan sibuk yang sama, di mana sebuah trak yang penuh dengan bahan letupan meletup pada 14 Oktober 2017, membunuh 512 orang dan mencederakan lebih 290.-AFP
(Keadaan lokasi serangan di Mogadishu/Foto AFP)