fb fb fb fb fb

Ribut landa Los Angeles: Banjir di selatan, salji tebal di utara

(FOTO REUTERS)

LOS ANGELES, 26 Februari- Ribut terus membadai Los Angeles pusat komersial, kewangan dan kebudayaan Southern California pada Sabtu.

Hujan lebat dan hujan batu menyebabkan lebuh raya banjir walaupun salji turun di kawasan tanah tinggi.

Lebuh raya interstate 5, lebuh raya terbesar menghala utara dari bandar itu masih ditutup akibat salji tebal.

Beberapa lebuh raya di selatan pula ditutup akibat banjir.

Hampir 85,000 rumah dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik.

Menurut Pusat Ramalan Cuaca, sistem tekanan rendah besar-besaran yang didorong dari kawasan Artik menyebabkan berlaku keadaan luar biasa.

Ribut seterusnya dijangka melanda pada Ahad membawa angin berkelajuan sehingga 8o kilometer sejam di Lembah Sacramento. -REUTERS

(Sungai Los Angeles semasa ribut musim sejuk yang jarang berlaku di Los Angeles, California/REUTERS)

Media Baharu