fb fb fb fb fb

Macron mahu China beri tekanan terhadap Rusia, tamatkan perang di Ukraine

(Keamanan hanya dapat dicapai jika "pencerobohan Rusia dihentikan"/AFP)

KIEV, 26 Februari- Presiden Perancis, Emmanuel Macron akan melawat China pada April dan menggesa Beijing mengenakan tekanan terhadap Rusia supaya menamatkan perang di Ukraine.

"Fakta bahawa China terlibat dalam usaha damai adalah satu perkara yang baik," kata Macron di luar acara pertanian di Paris.

Keamanan hanya dapat dicapai jika "pencerobohan Rusia dihentikan, tentera diundurkan, dan kedaulatan wilayah Ukraine dan rakyatnya dihormati," tambahnya.

Beijing sedang berusaha meletakkan China sebagai pihak yang neutral dalam konflik itu, walaupun ia telah mengekalkan hubungan rapat dengan Rusia dan tidak menyokong kenyataan bersama G2a yang mengutuk perang di Ukraine.

Jumaat lepas, China menerbitkan pelan cadangan 12 perkara yang menggesa rundingan damai segera dan "penyelesaian politik" untuk menamatkan konflik Ukraine-Rusia.

Susulan daripada itu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyatakan harapan untuk bertemu rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping dan menyifatkan pertemuan itu sebagai "penting untuk keselamatan dunia". -AFP

(Macron mahu China beri tekanan terhadap Rusia, tamatkan perang di Ukraine/AFP)

Media Baharu