fb fb fb fb fb

Rakyat Palestin terus dibelenggu hukuman berat sebelah rejim Israel

(FOTO AFP)

BAITULMAQDIS, 26 Februari- Rumah seorang lelaki Palestin yang melancarkan serangan maut terhadap warga Israel akan dirobohkan oleh pihak berkuasa rejim, walaupun ia dibina dengan pampasan yang dibayar kepada mereka selepas salah seorang saudara mereka dibunuh oleh seorang Israel.

Pintu masuk ke rumah Fatima Alqam timur Baitulmaqdis, suaminya Moussa dan empat anak pasangan itu telah disita beberapa hari selepas anak lelaki mereka yang berusia 21 tahun membunuh tujuh orang di luar rumah ibadat Yahudi di petempatan Neve Yaacov.

Khayri Alqam ditembak mati dalam serangan 27 Januari lalu dan keluarganya kemudian menerima perintah perobohan pangsapuri mereka, bawah polisi yang telah lama wujud untuk menghukum keluarga rakyat Palestin yang membunuh warga Israel.

"Kami berharap ia tidak akan dirobohkan. Seorang peguam telah dilantik dan kami sedang menunggu untuk proses rayuan," kata salah seorang saudara Khayri yang tidak mahu namanya disiarkan.

Khayri Alqam berkongsi nama datuknya, yang dibunuh pada 1998 oleh pelampau Israel.

Seorang lelaki Israel ditangkap pada 2010 kerana serangan itu dan beberapa siri pembunuhan rakyat Palestin yang lain, walaupun dia kemudiannya dibebaskan dan akhirnya tiada sesiapa yang disabitkan kesalahan atas pembunuhan itu.

"Kepada siapa kita mengadu?" tanya saudara mara Khayri. "Dia mesti dihukum. Kami dianiaya pada 1998 dan dianiaya hari ini." -AFP

(Rakyat Palestin terus dibelenggu hukuman berat sebelah rejim Israel/AFP)

Media Baharu