fb fb fb fb fb

Ribut ais landa Kanada, dua maut

(Foto AFP)

MONTREAL, 7 April- Ribut ais yang melanda timur Kanada menyebabkan dua terkorban dan jutaan penduduk terputus bekalan elektrik pada Khamis.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata ribut itu melanda Quebec dan Ontario, dua wilayah paling ramai penduduk di Kanada.

"Hampir satu juta pelanggan masih terputus bekalan elektrik.

"Penduduk dinasihat berhati-hati dan menjauhi talian elektrik yang terputus.

"Penduduk juga dinasihat tidak berada berdekatan pokok dan kawasan hutan untuk mengelak ditimpa pokok tumbang," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, seorang penduduk Ontario maut dihempap pokok tumbang pada Rabu.

Seorang lagi maut dihempap dahan yang cuba ditebangnya di barat Montreal pada Khamis.- AFP


(Foto AFP)

Media Baharu