fb fb fb fb fb

Gunung berapi bakal meletus, Colombia percepat pemindahan penduduk

(Foto REUTERS)

COLOMBIA, 7 April- Kerajaan Colombia mempercepatkan pemindahan kira-kira 2,500 keluarga yang tinggal berhampiran gunung berapi Nevado del Ruiz.

Presidennya, Gustavo Petro berkata pihaknya sedang memantau gunung berapi yang bakal meletus itu.

"Terdapat penduduk yang enggan meninggalkan kediaman mereka.

"Kerajaan telah menaikkan tahap berjaga-jaga gunung berapi itu kepada jingga berikutan peningkatan aktiviti seismik.

"Ia dijangka meletus dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu akan datang," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Institut Smithsonian berkata letusan gunung berapi 1985 adalah bencana alam terbesar yang pernah berlaku di Colombia.

Letusan pada 1985 itu telah membunuh lebih 25,000 penduduk.

Nevado del Ruiz ialah gunung berapi strato atau komposit. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu