fb fb fb fb fb

Ribuan pendaki diselamatkan selepas terperangkap ribut salji di Gunung Everest

FOTO REUTERS

BEIJING, 6 Oktober - Ratusan pendaki yang terperangkap akibat ribut salji di kawasan timur Gunung Everest di Tibet berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat, lapor media rasmi China pada Ahad.

Menurut laporan itu, kejadian berpunca daripada salji dan hujan luar biasa lebat yang melanda kawasan pergunungan Himalaya.

Rakaman dikeluarkan Jabatan Bomba Tibet hari ini menunjukkan anggota bomba mengerah tenaga membantu dan mengiringi kumpulan pendaki menuruni gunung bagi dibawa ke kawasan selamat.

Setakat Ahad, seramai 350 pendaki telah tiba di pekan kecil Qudang, manakala lebih 200 lagi pendaki berjaya dihubungi, menurut stesen televisyen negara itu, CCTV.

Susulan kejadian tersebut, jualan tiket dan kemasukan ke seluruh kawasan Pelancongan Gunung Everest digantung sejak malam Sabtu bagi tujuan keselamatan.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE