fb fb fb fb fb

PM Perancis letak jawatan, kos pinjaman naik saham bank menjunam

Perdana Menteri Sébastien Lecornu meletakkan jawatan semalam/Foto AFP

PARIS, 6 Oktober - Pasaran saham dan ekonomi Perancis bergolak selepas Perdana Menteri Sébastien Lecornu meletakkan jawatan semalam, mencetuskan satu lagi krisis politik di negara itu.

Indeks utama CAC 40 susut 1.5 peratus selepas jatuh lebih dua peratus sebaik pengumuman peletakan beliau..

Kos pinjaman kerajaan turut meningkat apabila hasil bon 10 tahun Perancis naik kepada 3.61 peratus sebelum menurun sedikit kepada 3.57 peratus.

Angka itu merupakan paras tertinggi sejak beberapa bulan lalu.

Saham bank utama turut merosot apabila BNP Paribas dan Credit Agricole jatuh lebih empat peratus, manakala Societe Generale susut lebih lima peratus.

Penganalisis pasaran berkata, ketidaktentuan politik menyebabkan pelabur menilai semula risiko terhadap hutang Perancis.

Lecornu yang baru sebulan dilantik oleh Presiden Emmanuel Macron, kini mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri paling singkat dalam era moden Perancis. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN