GENEVA, 6 Oktober – Sekurang-kurangnya 5,000 kakitangan Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHCR) terpaksa diberhentikan sejak awal tahun ini.
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian, Filippo Grandi berkata, ia susulan pemotongan besar-besaran dana bantuan antarabangsa.
Grandi berkata jumlah itu mewakili lebih suku daripada keseluruhan tenaga kerja UNHCR di seluruh dunia.
Ini sekali gus memberi kesan besar kepada operasi kemanusiaan agensi berkenaan.
“Hampir 5,000 rakan setugas UNHCR telah kehilangan pekerjaan tahun ini,” katanya ketika berucap pada mesyuarat tahunan Jawatankuasa Eksekutif UNHCR di Geneva, Isnin.
Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap situasi semasa, sambil menegaskan bahawa kekurangan dana menjejaskan keupayaan agensi itu untuk terus membantu jutaan pelarian di seluruh dunia - AFP