BANGKOK, 6 Oktober – Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, mengarahkan operasi bantuan segera selepas banjir melanda 16 wilayah di negara itu.
Sekali gus mengorbankan 12 nyawa dan menjejaskan lebih 100,000 isi rumah sejak seminggu lalu.
Kejadian itu berpunca daripada hujan lebat berterusan dan ribut tropika yang menyebabkan paras air meningkat sehingga mencecah tingkat rumah bertiang tinggi di beberapa kawasan.
Kementerian Dalam Negeri Thailand berkata, antara wilayah paling terjejas ialah Uttaradit di utara negara itu yang mencatat lima kematian.
Wilayah lain yang turut terjejas termasuk kawasan di bahagian tengah dan timur laut Thailand.
Pasukan penyelamat dan pegawai kerajaan dilihat mengedarkan bantuan makanan serta barangan keperluan asas kepada mangsa di kampung yang terputus hubungan akibat banjir.
Tahun lalu, 22 orang maut akibat banjir kilat dan tanah runtuh disebabkan hujan monsun di seluruh Thailand. - REUTERS