(Bunga diletakkan berhampiran lokasi sebagai penghormatan terhadap mangsa yang maut/AFP)
SEOUL, 31 Oktober- Kejadian rempuhan di Itaewon, Seoul ketika sekumpulan besar pengunjung kebanyakannya berusia 20-an, berkumpul menyambut Halloween pada lewat malam Sabtu adalah yang terburuk dalam sejarah negara republik itu.
Presiden Yoon Suk-yeol mengarahkan penyiasatan penuh dan berjanji tragedi seperti itu tidak akan dibenarkan berulang lagi.
Sehingga 100,000 orang turun ke daerah Itaewon yang terkenal di Seoul pada malam Sabtu untuk acara Halloween pertama tanpa sekatan COVID-19 dalam tempoh tiga tahun.
Peniaga tempatan yang telah bekerja di kawasan itu selama 30 tahun memberitahu AFP bahawa jumlah pengunjung adalah di luar jangka tahun ini berbanding jangkaan awal pihak berkuasa yang hanya bersedia menempatkan 200 pegawai.
Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan keadaan padat yang pada mulanya tenang bertukar tegang apabila orang ramai terus bersesak di ruangan sempit dalam keadaan curam menuruni bukit, memburukkan lagi keadaan.
"Orang ramai tidak dapat bergerak ke hadapan terus menolak, sehingga terdorong ke kawasan bukit yang curam sehingga orang ramai jatuh ke atas satu sama lain, menghempap antara satu sama lain," menurut saksi orang awam, Jarmil Taylor, 40 kepada AFP.
"Orang yang berada di belakang menolak dan menolak kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku di hadapan." katanya.
(Anggota polis pada malam kejadian rempuhan rempuhan di Itaewon, Seoul ketika sekumpulan
besar pengunjung kebanyakannya berusia 20-an, berkumpul menyambut Halloween/AFP)
Menurut polis, majoriti mangsa adalah wanita muda dalam lingkungan 20-an,
Katanya, kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat terperangkap dalam kesesakandi lorong sempit dan landai di tengah-tengah kekalutan.
Saksi di tempat kejadian juga menggambarkan melihat orang ramai terjatuh sebelum dipijak dan dihempap.
Di bandar berasingan, menteri dalam negeri berkata, protes besar-besaran di daerah Gwanghwamun di Seoul pada hari yang sama juga memerlukan kehadiran polis yang ketara, menjadi faktor ramai pegawai ditempatkan di kawasan berkenaan.
Berdasarkan lkenyataan yang disiarkan dua hari sebelum acara itu, polis berkata mereka hanya bersedia menempatkanb 200 pegawai untuk acara Halloween Itaewon.
Pakar berpendapar ini menunjukkan kelemahan perancangan rapi pihak berkuasa.
"Ini adalah bencana yang berpunca daripada kelemahan pengurusan," katanya. -AFP
Berita berkaitan
Sekurang-kurangnya 153 maut, 103 cedera rempuhan Halloween di Itaewon