LENINGRAD, 4 Ogos - Seorang maut manakala 11 lagi cedera apabila sebuah bas merempuh kereta api kargo di lintasan rel di wilayah Leningrad, barat laut Rusia, pada Isnin.
Menurut pentadbiran kereta api wilayah berkenaan menerusi aplikasi Telegram, kejadian berlaku apabila pemandu bas tersebut memasuki lintasan ketika kereta api sedang menghampiri.
“Pemandu tren telah menekan brek kecemasan, namun jarak terlalu dekat untuk mengelak perlanggaran,” jelas kenyataan itu.
Jawatankuasa Penyiasatan Rusia telah membuka kertas siasatan jenayah terhadap pemandu bas, kerana disyaki melanggar peraturan keselamatan. Siasatan awal mendapati pemandu terbabit mengabaikan isyarat larangan lampu isyarat dan cuba melintas ketika tren sudah hampir tiba.
Pasukan penyelamat, polis dan ambulans berada di lokasi bagi membantu mangsa dan menjalankan siasatan lanjut. - Reuters