fb fb fb fb fb

Penduduk Filipina bersihkan rumah selepas ribut Nalgae

(Penduduk membersihkan rumah mereka yang dilanda banjir dan ribut Nalgae/REUTERS)

FILIPINA, 30 Oktober- Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh akibat hujan di Filipina meningkat kepada 48, kata agensi bencana negara itu pada Ahad, dengan 22 yang lain direkodkan hilang selepas ribut Nalgae melanda di kepulauan itu.

40 orang dilaporkan cedera, manakala hampir 170,000 individu telah dipindahkan dan berada di pusat pemindahan, data kerajaan menunjukkan, ketika ribut Nalgae melanda seluruh Filipina pada hujung minggu, termasuk ibu negara, Manila.

Ketua kampung, Anthony Buenaflor bercerita, "sekitar pukul 6.00 petang hujan tidak berhenti, ia sudah mula membanjiri pada kira-kira pukul 10.00 malam. Air naik dengan pantas sehingga mencecah ketinggian lebih daripada kebiasaannya dan penduduk tidak bersedia.

"Kami berharap agar bekalan elektrik dipulihkan dan bekalan air supaya kami boleh mula membersihkan rumah kami. Apa yang diperlukan ketika ini adalah air."

Di wilayah autonomi selatan Bangsamoro, merekodkan 40 maut, dengan 10 masih hilang akibat tanah runtuh.

Seorang penduduk di kawasan dilanda ribut, Zen Lauffer berkata, "semua barang dalam rumah saya rosak. Jiran saya juga tidak dapat menyelamatkan apa-apa. Tidak dijangka air akan mencecah setinggi itu, kami fikir ia hanya paras lutut."

Presiden Ferdinand Marcos Jr pada Sabtu mengarahkan pengagihan bantuan segera di kawasan yang dilanda teruk.

Biro cuaca Filipina berkata Nalgae sedang menjejak ke arah barat ke arah Laut China Selatan, di mana ia boleh menjadi ribut semula ketika menuju ke selatan China.- REUTERS

(Anthony Buenaflor/REUTERS)

Berita berkaitan:
Angka korban taufan Nalgae meningkat kepada 72 orang

Media Baharu