(Pelancong memakai kostum halloween di Istana Bran/REUTERS)
ROMANIA, 30 Oktober- Pelancong berkostum berpusu-pusu ke istana di Romania yang dikatakan menjadi inspirasi rumah Count Dracula pada Sabtu untuk menikmati semangat Halloween.
Menurut laman web Istana Bran, ia terletak di sungai wilayah Transylvania. Rumah pontianak fiksyen itu pernah diterangkan oleh pengarang Bram Stoker dalam novelnya pada 1897.
Istana itu merupakan tapak pelancongan yang popular kerana sejarahnya pernah menjadi sebagai kubu dan kediaman diraja Romania.
Selepas melalui halaman istana, pengunjung disambut dengan pakaian kostum yang mengerikan serta tayangan video.
Dracula "tiba-tiba muncul di skrin dan saya sangat takut" kata seorang pelawat, Sofia.
Pelancong Jerman, Uwe berkata lawatan itu adalah "pengalaman hebat" terutamanya ianya semakin hampir dengan Halloween.
Ketika hari semakin gelap, tetamu berkumpul untuk pesta tarian di halaman istana.
Kristin, seorang pelancong dari Chicago, berkata dia menikmati lawatannya.
"Ia sangat hebat dan tidak dapat dijangkakan", katanya.- REUTERS
(Istana Bran/REUTERS)