fb fb fb fb fb

Bongkah ais sebesar Greater London pecah, bukan disebabkan perubahan iklim

LONDON, 24 Januari- Sebuah bongkah ais sebesar Greater London dilaporkan pecah dan terpisah dari bongkah asal di Antartika, kejadian kedua berlaku dalam masa dua tahun.

Penemuan terbaharu itu dilaporkan pada lewat Ahad lalu berdasarkan pemerhatian menggunakan pelbagai instrumen oleh British Antarctic Survey (BAS).

Kajian Antartika British (BAS) berkata pembentukan gunung ais baharu dalam proses semula jadi itu bukan disebabkan oleh perubahan iklim, yang mempercepatkan perubahan struktur ais di Artik dan sebahagian Antartika.

Gunung ais itu, berukuran 1,550 kilometer persegi (598 batu persegi), terpisah dari "Brunt Ice Shelf" setebal 150 meter sedekad selepas para saintis mula-mula melihat keretakan besar di rak itu.

Pemisahan hebat yang serupa, melibatkan gunung ais seluas 1,270 kilometer persegi, berlaku sekitar setahun yang lalu.

Ahli glasiologi BAS Dominic Hodgson berkata, kejadian berkenaan telah dijangka dan merupakan sebahagian daripada perubahan semula jadi 'Brunt Ice Shelf'.

"Ia tidak dikaitkan dengan perubahan iklim." katanya.


(Menurut pakar geologi BAS, Profesor Dominic Hodgson, rekahan terbaharu itu berada di pinggir lembaran ais
Antartika yang keluar dari darat dan kemudian menghala ke laut/AFP)

Stesen Penyelidikan Halley VI Britain memantau keadaan bongkah ais terapung setiap hari tetapi mlaporkan tida asebarang perubahan cuaca dan keadaan sekitar tidak terjejas oleh rekahan terbaharu.

Pangkalan penyelidikan mudah alih telah dipindahkan ke pedalaman atas sebab keselamatan pada 2016-2017 kerana retakan pada ais mengancam untuk memotongnya.

Sejak itu, kakitangan telah ditempatkan di sana hanya semasa musim panas Antartika antara November hingga Mac, dengan 21 penyelidik kini berada di lokasi.

Mereka mengekalkan bekalan kuasa dan kemudahan yang memastikan eksperimen saintifik beroperasi dari jauh sepanjang musim sejuk, apabila keadaan sekitar bergelap selama 24 jam dan suhu jatuh di bawah 50 darjah Celsius (-58 darjah Farenheit).

"Pasukan sains dan operasi kami terus memantau rekahan ais untuk memastikan ia selamat.

"Beberapa bongkah ais yang terpecah di lebih banyak lokasi di utara adalah hasil daripada perubahan iklim. Tetapi yang ini lebih jauh ke selatan," katanya. -AFP

Media Baharu