fb fb fb fb fb

Rejim zionis serang sekolah PBB, 50 orang maut

Foto Fail

PALESTIN, 18 November- Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh apabila rejim zionis menyerang sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu.

Seorang pegawai di Kementerian Kesihatan Gaza berkata sekolah itu digunakan sebagai tempat perlindungan bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Serangan ke atas sekolah Al-Fakhura yang dikendalikan PBB di kem pelarian Jabalia, utara Gaza berlaku pada waktu pagi.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan pembunuhan beramai-ramai di bumi Gaza oleh rejim zionis sejak 43 hari yang lalu telah mencecah 12,000 kematian. - AFP

Artikel Berkaitan:
Konflik Gaza: Penunjuk perasaan adakan protes di hadapan kedutaan AS
Brunei, Indonesia Malaysia keluar kenyataan di APEC, gesa gencatan senjata segera di Gaza
Media perlu telus lapor isu babit Gaza - Sheikh Ali Muhyiddin
Tentera Israel memasuki hospital Al Shifa di Gaza



 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM