fb fb fb fb fb

Konflik Gaza: Penunjuk perasaan adakan protes di hadapan kedutaan AS

Foto REUTERS

MANILA, 18 November- Kira-kira 200 penunjuk perasaan mengadakan protes di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Manila, mengecam sokongan negara itu terhadap Israel dalam konflik Israel-Palestin.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk dengan slogan seperti "berdiri untuk Gaza".

Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Bayan, Renato Reyes berkata AS memainkan peranan besar dalam konflik yang berlaku di Gaza.

"Washington gagal menghentikan serangan Israel ke atas Gaza.

"Apa yang kami mahu dan apa yang kami tuntut ialah gencatan senjata sekarang,"kata Reyes kepada pemberita di sini.

Serangan Israel ke atas Gaza sejak Oktober lalu kini mengorbankan lebih 12,000 nyawa penduduk Palestin. - REUTERS

Artikel Berkaitan:
Israel makin 'menggila', terus serang Gaza
Brunei, Indonesia Malaysia keluar kenyataan di APEC, gesa gencatan senjata segera di Gaza
Hari ke-43: 12,000 kematian di Gaza, 30,000 cedera

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM