GAZA, 18 November- Pembunuhan beramai-ramai di bumi Gaza oleh rejim zionis sejak 43 hari yang lalu telah mencecah sekurang-kurangnya sebanyak 12,000 kematian.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, sekurang-kurangnya 5,000 daripadanya adalah kanak-kanak dan 3,300 wanita.
Sementara itu, 30,000 lagi penduduk mengalami kecederaan akibat serangan pihak Israel yang banyak menyasarkan kemudahan awam seperti kediaman penduduk, kem pelarian dan hospital sejak 7 Oktober lepas.
Pihak kementerian sebelum ini menyatakan mereka tidak dapat memberikan angka korban yang tepat kerana pertempuran sengit telah menghalang operasi mencari dan menyelamat mangsa. -AFP