fb fb fb fb fb

Tiga remaja Palestin ditembak di Tubas

Foto Fail

TUBAS, 18 November- Sekurang-kurangnya tiga remaja ditembak oleh tentera Israel pada Sabtu di Tubas, Palestin.

Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), Bulan Sabit Merah berkata Omar Shahrouri, 18 tahun terkorban dalam insiden berkenaan.

"Seorang daripada mangsa berada dalam keadaan kritikal.

"Omar disahkan meninggal dunia di hospital," katanya.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan pembunuhan beramai-ramai di bumi Gaza oleh rejim zionis sejak 43 hari lalu telah mencecah 12,000 kematian.

Sekurang-kurangnya 5,000 daripada jumlah itu membabitkan kanak-kanak.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM