fb fb fb fb fb

Israel makin 'menggila', terus serang Gaza

Foto WAFA

NABLUS, Sabtu, 18 November- Seramai lima orang terkorban manakala dua lagi cedera selepas sebutir peluru berpandu dilepaskan rejim zionis di Kem Pelarian Balata, Gaza.

Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), Bulan Sabit Merah berkata Israel turut memusnahkan rumah dan jalan di kem tersebut, beberapa jam selepas melepaskan peluru berpandu itu.

"Rejim zionis menggunakan jentolak untuk memusnahkan rumah dan jalan itu.

"Sebuah rumah turut diletupkan di kem berkenaan.

"Infrastruktur dan harta benda terjejas teruk dalam insiden terbabit," katanya.

Artikel Berkaitan:
Brunei, Indonesia Malaysia keluar kenyataan di APEC, gesa gencatan senjata segera di Gaza
"Kami tidak tahu mengapa Israel ambil mayat pesakit" - Doktor Hospital Al-Shifa
Media perlu telus lapor isu babit Gaza - Sheikh Ali Muhyiddin
Bahan api mula memasuki Gaza melalui Rafah

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM