fb fb fb fb fb

Hospital Perubatan Al-Shifa diarah kosong

Foto WAFA

RAMALLAH, 18 November- Tindakan Israel memindahkan secara paksa Kompleks Perubatan Al-Shifa di Gaza dikecam Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Palestin.

Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Palestin menerusi X berkata beratus-ratus orang yang cedera, sakit, kehilangan tempat tinggal dan doktor dipaksa rejim zionis mengosongkan Hospital Al-Shifa.

"Mereka dilihat keluar dan berjalan ke selatan Semenanjung Gaza.

"Pemindahan Hospital Perubatan Al-Shifa mewakili desakan Israel untuk melengkapkan episod pelaksanaan dan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Palestin di Bandar Gaza dan semenanjung utara," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM