fb fb fb fb fb

Real Madrid julang kejuaraan ke-35 La Liga

(FOTO AFP)

MADRID, 1 Mei - Real Madrid mengesahkan gelaran La Liga Sepanyol ke-35 dengan baki empat perlawanan selepas menumpaskan Espanyol 4-0 di Santiago Bernabeu.

Hanya memerlukan satu mata untuk merangkul trofi, Real meledak dua gol menerusi Rodrygo pada separuh masa pertama, sebelum Marco Asensio dan Karim Benzema melengkapkan jaringan.

(Rodrygo meraikan gol pertama Real/AFP)

Kemenangan itu menyaksikan Real mendahului pasukan di tangga kedua, Sevilla dengan 17 mata manakala Barcelona yang menduduki tangga ketiga dan mempunyai satu perlawanan dalam tangan, ketinggalan 18 mata.

Pasukan kendalian Carlo Ancelotti kini boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara Eropah di tempat sendiri menentang Manchester City pada Rabu ini.

Dalam perlawanan pertama minggu lalu, Real menerima kekalahan tipis 3-4. -AFP

Media Baharu