(Mahkamah diraja Arab Saudi mengumumkan bahawa Ahad akan menjadi hari terakhir Ramadan/REUTERS)
RIYADH, 1 Mei - Arab Saudi mengumumkan bahawa cuti Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada Isnin di negara itu.
"Isnin, adalah hari pertama Aidilfitri yang penuh keberkatan untuk tahun ini, dengan hari Ahad hari terakhir Ramadan,' lapor Saudi Press Agency, memetik kenyataan mahkamah diraja.
(Arab Saudi mengumumkan bahawa cuti Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada Isnin di negara itu/Foto fail)
Negara-negara Teluk yang lain; Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar dan Bahrain juga telah membuat pengumuman yang sama.
Tarikh 1 Syawal ditentukan dengan melihat anak bulan, mengikut kalendar Hijrah. -AFP