fb fb fb fb fb

14 warga Ukraine termasuk askar hamil dibebaskan dalam pertukaran tahanan

(FOTO AP)

KIEV, 1 MEI - 14 warga Ukraine termasuk seorang askar yang hamil telah dibebaskan dalam pertukaran tahanan terbaharu dengan tentera Rusia, kata Timbalan Perdana Menteri Ukraine Iryna Vereshchuk tanpa mendedahkan bilangan warga Rusia yang dibebaskan.

"Hari ini, kami melakukan pertukaran tahanan baharu. Empat belas daripada kami akan pulang, tujuh anggota tentera dan tujuh orang awam. Salah seorang askar yang dibebaskan sedang hamil lima bulan," kata Vereshchuk di Telegram.

(Timbalan Perdana Menteri Ukraine Iryna Vereshchuk/GOOGLE)

Dalam temu bual dengan BBC pada hari Jumaat, Vereshchuk menuduh tentera Rusia menghantar sejumlah besar orang awam ke Rusia dan menggunakan mereka sebagai tebusan.

"Itulah sebabnya mereka menangkap semua tebusan ini ; orang awam, wanita, pekerja majlis tempatan, untuk mencuba dan menggunakan mereka," katanya dipetik sebagai berkata.

"Kami tahu terdapat lebih seribu tahanan di sana termasuk hampir 500 wanita," katanya sambil menambah bahawa mereka ditahan di penjara dan pusat tahanan praperbicaraan.

Beberapa pertukaran tahanan telah dilakukan sejak Rusia menyerang Ukraine pada 24 Februari. -AFP

Media Baharu