fb fb fb fb fb

Ratusan trak bantuan tersadai di persimpangan Rafah

Semalam sebanyak 300 lori diarah berpatah balik dan hanya 35 buah dibenarkan masuk. Foto AFP

GAZA, 19 Ogos - Ratusan trak bantuan kemanusiaan masih tersekat di persimpangan Rafah berikutan keenggan Rejim Zionis membenarkan ia memasuki Gaza.

Menurut Ketua Bulan Sabit Merah Mesir, Amal Emam hanya segelintir trak dibenarkan masuk dan ianya tidak cukup untuk membantu rakyat Palestin yang kebuluran.

"Anda boleh meletakkan nombor kelulusan PBB di tepi kotak bantuan yang bermaksud ia harus menyeberang dan telah diluluskan oleh semua pihak, termasuk COGAT (Kementerian pertahanan Israel), tetapi kemudian ia sampai ke sempadan dan ia berpatah balik begitu sahaja.

"Tidak pernah dalam hidup saya sebagai seorang manusia melihat halangan seperti ini dikenakan terhadap setiap bantuan kemanusiaan," katanya.

Semalam sebanyak 300 lori diarah berpatah balik dan hanya 35 buah dibenarkan masuk. - AFP

JALALUDDIN BIN BAHARIN