WASHINGTON, 19 Ogos - Jabatan Negara Amerika Syarikat telah membatalkan 6,000 visa pelajar sejak Setiausaha Negara Marco Rubio memegang jawatan itu tujuh bulan lalu.
Pentadbiran Trump juga secara meluas mengusir individu yang memasuki negara itu secara haram.
"Jabatan Negara telah membatalkan lebih 6,000 visa pelajar kerana tinggal lebih masa dan pelanggaran undang-undang, sebahagian besarnya terlibat dengan aktiviti jenayah, pecah rumah dan menyokong keganasan," kata seorang pegawai Jabatan Negara.
Daripada jumlah tersebut, kira-kira 4,000 daripada visa yang dibatalkan adalah kerana melanggar undang-undang.
Diplomat tertinggi Amerika pada Mac lepas memaklumkan, mereka akan membatalkan visa pada setiap hari, khususnya kepada pelajar melakukan protes terhadap Israel.-AFP