fb fb fb fb fb

Hamas setuju perjanjian gencatan senjata baharu

Ahli biro politik Hamas, Dr Basem Naim mengesahkan Hamas bersetuju dengan syarat gencatan senjata di Gaza dalam hantaran di laman Facebook.

GAZA, 19 Ogos - Hamas bersetuju menerima perjanjian gencatan senjata baharu yang dikemukakan perantara Mesir dan Qatar.

Perkembangan itu dimaklumkan Ahli biro politik Hamas, Dr Basem Naim dalam hantaran di laman Facebook.

"Kami bersetuju dengan cadangan baru pengantara. Kami berdoa kepada Tuhan untuk memadamkan api perang ini ke atas rakyat kami," katanya.

Cadangan sama turut dihantar kepada Israel, namun tiada maklum balas diterima buat masa ini.

Menurut laporan media Mesir, perjanjian itu mencadangkan gencatan senjata selama 60 hari, pembebasan sebahagian tebusan, pembebasan beberapa tahanan Palestin dan jaminan untuk membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan.

Cadangan itu dibuat selepas kabinet keselamatan Israel meluluskan rancangan untuk memperluaskan serangan di bandar Gaza dan kem pelarian berdekatan.

Semalam, agensi pertahanan awam Gaza berkata tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 11 orang di Gaza termasuk enam yang ditembak mati di kawasan selatan.

Selain menembak sesuka hati rakyat Palestin, tentera pimpinan Benjamin Netanyahu itu turut menyekat kemasukan media di Gaza dan menghalang bantuan kemanusiaan.

Semuanya bertujuan untuk menutup jenayah mereka di Gaza serta membiarkan rakyat Gaza kebuluran.

Sehingga kini, kekejaman Rejim Zionis telah membunuh lebih 62,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam.- AFP

JALALUDDIN BIN BAHARIN