fb fb fb fb fb

Ratusan tan bantuan dikumpul untuk mangsa gempa Turkiye, Syria

MESIR, 13 Februari- Rakyat Arab di seluruh Timur Tengah dan Afrika Utara mengumpul ratusan tan bantuan untuk mangsa gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria minggu lalu.

Di Mesir, inisiatif kecil secara persendirian daripada rakan dan keluarga bertukar menjadi kutipan bantuan berskala besar di seluruh negara yang berjaya mengumpul sehingga 90 tan sumbangan setakat Jumaat.

Bantuan seperti makanan dalam tin, minuman, selimut dan pakaian itu dijadual diterbangkan ke Syria dengan pesawat tentera hari ini.

Begitu juga, penduduk di seluruh Baitulmaqdis mengumpul $76,000 sebagai derma tambahan kepada barangan lain.

(Antara barangan yang dikumpul ialah makanan dalam tin, minuman,
selimut dan pakaian / Foto REUTERS)

Di bandar Sidon di selatan Lubnan, orang ramai mengisi dua trak dengan kira-kira 70 tan barangan terdiri daripada selimut, pakaian, lampin, tilam dan bahan makanan.

Ia merupakan inisiatif individu untuk membantu rakyat Syria dan akan dibawa menuju ke Aleppo serta Latakia.

Gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria telah mengakibatkan lebih 28,000 orang terkorban.

Angka kematian dijangka terus meningkat.-REUTERS

Media Baharu